ini adalah untuk gadis² yang berpegang pada sesuatu yang tidak pernah ada untuk memulakan.
kepada gadis² yang tidak rela menangis pada kawan² hanya kerana betapa bodohnya kamu rasakan.
kamu juga yang memegang semuanya dalam ketika sesuatu datang, ianya hancur berkeping-keping lagi.
ini adalah untuk gadis² yang juga sanggup bertahan bahkan rela tidak mengatakan kepada ibu apa yang sedang berlaku, hanya kerana takut kepada ayat yg bakal keluar dari mulut si ibu "kan ibu dh bagitau sebelum ni."
gadis2 ini juga yang akan KATAKAN bahawa mereka telah melakukan kesalahan kerana pernah membiarkan si DIA ke dalam hati kamu, tempat tidur kamu, dan impian kamu.
kamu tahu.. kamu tahu yang kamu berhak mendapat seseorang yang lebih baik, bahawa kamu berhak mendapat seorang lelaki yang akan menelefon ketika dia akan ke mana, yang akan datang berjumpa kamu ketika si DIA mempunyai kesempatan, dan juga yang akan benar² peduli tentang kamu. kamu hanya inginkan seseorang yang kamu cintai seperti itu.
ini untuk gadis² yang AKHIRNYA menyedari bahawa si DIA tidak pernah berfikir pun apa² tentang kamu.
ini adalah untuk waktu yang si DIA ambil, semata² untuk mematah hati kamu... lagi.
ini adalah untuk hari² yang dihabiskan berusaha menahan air mata, dan air mata yang berubah menjadi kemarahan, kemudian kekecewaan.
berikut ini bagi kamu, gadis² yang akhirnya menyedari bahawa kamu layak mendapat yang lebih baik.
ini adalah untuk kamu, gadis² yang bingung pada hari² yang mendatang, saat kamu kehilangan si DIA, dan kamu sebagai si gadis hanya mahu tidak lebih daripada mendengar suara si DIA, atau ingin merasakan dipeluk olehNYA.
tetapkan kekuatan pada diri, dan sentiasa ingat bahawa hubungan adalah seperti pecahan kaca, kadang-kadang lebih baik kamu meninggalkannya sendirian daripada berusaha untuk menempatkan semula bahagian-bahagian bersama-sama dan akhirnya terluka lagi.
ingat setiap kali kamu menangis, dan berapa lama waktu yang kamu akan ambil utk melihat kepada jejaka² lain yang seperti berperangai seperti si DIA.
ketika lagu kegemaranMu diputarkan di radio. ketika hari itu si DIA menyedari kesalahan yang dibuatnya dan ketika itu jugalah si DIA cuba menelefonMu, silalah padamkan telefon. ketika si DIA cuba datang ke rumah kamu, jangan membuka pintu.
fikirkan semua janji yang tidak dikotakan, dan semua dusta, dan air mata, saat yang sia² dan sanggup berjaga sepanjang malam hanya kerana bertanya-tanya di manakah si DIA menghilang.
fikirkan tentang bagaimana hati anda pada suatu ketika dahulu melompat keriangan ketika si DIA menelefon biarpun di tengah malam, dan bagaimana sebaknya dada kamu ketika kamu melihat keliling yang kamu sangkakan beliau tetapi bukan, dan menyedari bahawa sekali lagi, si DIA tidak menelefon ketika beliau berkata si DIA akan menelefonMu.
suatu hari nanti, kamu akan menemui seorang lelaki yang layak untuk semua air mata, tetapi lelaki tersebut tidak akan membuat kamu menangis.
it’s gonna hurt like hell. and ianya akan memerlukan waktu untuk sembuh, tetapi yang PASTInya adalah, ianya akan sembuh.