Khas utk Gadis² yang SEBELUM ini Sentiasa Menjadi No.1 kepada Si ‘DIA’ [part 1]

kepada gadis² yg SEBELUM ini sentiasa menjadi no.1 kepada si DIA.

kamulah yang sentiasa menunggu panggilan si DIA sepanjang malam, keesokan paginya yang juga akan check telefon dan ketika itulah akan berasa kecewa.

kamulah juga yang berjaya melewati pahit perhubungan, kering air mata dan sentiasa memikirkan bahawa hidup harus diteruskan, tetapi si DIA hanya memerlukan sebulan atau mungkin seminggu dan mungkin juga sehari untuk kembali ke pangkuan kamu dan si DIA berpelakuan seperti tidak pernah apa pun terjadi sebelum ini.

dan kepada gadis²yang menerima si DIA kembali, berharap mungkin kali ini si DIA adalah seorang yang berbeza, berharap bahawa mungkin si DIA benar-benar berubah.

kamu juga mendengar kawan-kawan mengatakan bahawa kamu bodoh kerana memberinya peluang yang kedua, mendengar leteran dari orangtua, dan bahkan sanggup mencuri² keluar hanya untuk berjumpa dengan si DIA untuk sementara waktu.

kamu lebih rela mendengar si DIA mengatakan bahawa dia mencintai kamu, dan mengharapkan bahawa hal² yang buruk pada masa lalu, ianya tidak akan berulang kembali, bahawa si DIA akan berbeza kali ini. dan ketika mendengar itulah, kamu merasakan seperti kamu sedang bermimpi.

ini adalah untuk kamu.

kepada gadis² yang percaya apa yang si DIA katakan, masih lagi duduk menunggu panggilan telefon yang mungkin terjadi dalam beberapa jam, atau beberapa hari.

dan ketika itulah air mata yang mengalir, hanya memikirkan untuk menangis dan biar sampai kering lagi. kamu ingin mati²an untuk percaya bahawa si DIA benar² sibuk, si DIA tidak dapat menghubungi kamu pada saat itu, atau bahkan bahawa si DIA tertidur lebih awal.

kamu melatih diri untuk percaya segala dusta, hanya kerana ingin percaya yang kononnya kamu telah menemui si DIA adalah satu²nya utk kamu.

kamu belajar untuk MELUPAKAN hanya kerana kamu tidak dihargai sepertimana yg seharusnya dihargai.

ini untuk gadis² yang mendandan rambut, bersolek dan mengenakan pakaian yang tercantik, hanya untuk mendengar dia mengatakan bahawa dia tidak dapat untuk berjumpa hari ini.

kamu jugalah orang² yang tidak pernah percaya ketika orang² keliling mengatakan “mungkin” si DIA ada orang lain. dan ketika itulah kamu memikirkan bahawa si DIA bole melakukan perkara ini berulang kali. (lagi dan lagi)

ini bagi gadis² yang hebat, yang mencintai si DIA lebih daripada kata-kata bisa berkata, dan sanggup menerimanya kembali biar apa pun yang terjadi hanya kerana mereka tidak tahan untuk memikirkan kembali kehidupan mereka satu hari nanti dan bertanya-tanya "bagaimana jika/what if".

bersambung..

14 comments:

  1. Tatap Dia,
    Renung Dia,
    Tengok Mata Hati Dia,
    Benarkah kata-kata Dia,
    Atau cuma Dia .. erm..

    Kadang-kadang kita tak perasan baju yang kita pakai, kita sentiasa terpandang baju milik orang lain. Cuba selami perasaan baju itu. Batu yang melindungi tubuh, baju yang memeluk tubuh itu, baju yang sentiasa bersama kamu tak kira kamu dikala kegembiraan atau diambang kekecewaan.

    Fikirkan tentang baju itu.

    - aku pun nak tujukan buat gadis buta itu. *simpati*

    ReplyDelete
  2. giler touching entry neh..

    kamu juga mendengar kawan-kawan mengatakan bahawa kamu bodoh kerana memberinya peluang yang kedua, mendengar leteran dari orangtua, dan bahkan sanggup mencuri² keluar hanya untuk berjumpa dengan si DIA untuk sementara waktu.

    terasa beb!

    ReplyDelete
  3. uh!*thumbs up!!
    aku ske entry ni.
    bleyh kc sentap~
    eghehhee~:D

    ReplyDelete
  4. myfr3ak: hehe sabar dlu.. de part 2 lg ni. jeng3x

    eye142: entry touching? hee bkn utk sy.. tp untuk si gadis² di luar sana :P

    pqa: pergghh sial thumbs up!! nice nice.. tQ pqa :)

    ReplyDelete
  5. tak saba nk tggu part 2 neh..
    cpt2 la post .. ngee

    ReplyDelete
  6. eye143: haha ilex dlu.. baru post arini, xkn arini gak nk trus de sambungan. hehe :P

    ReplyDelete
  7. ahaha, macam novel suda ye cik pqa.. hahaha

    ReplyDelete
  8. x sangka aku, ko pandai bersastera sepang
    muka nmpk ganas, tp hati tetap ada jiwang2 skit
    haha, tggu part 2 plk

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak tunggu sambungan..

    ReplyDelete
  10. myfr3ak: amboi ko.. nk membahan aku la tu

    khairil: hee jgn la cmtu wahai khairil. bkn sje nk bersastera, tp kesian kt kwn2 pompuan tu haa.. slalu 'ter'kapel dgn yg kkdg tu lgsg xamek peduli :P

    fadhila: hey, thanks for reading

    ReplyDelete
  11. am am am am

    **macam terasa seh**

    =P

    ReplyDelete
  12. nyun: xkn terase kot~

    mek: wow!

    ReplyDelete
  13. aha,cm xcaye ko leh susun ayt n.. gle sentap akuuu ..... cett... mane part 2 ? _meyqa_

    ReplyDelete